We accept verities of used items as donation
Bantuan Bencana Gempa Bumi Jepun
Last Updated on Monday, 28 March 2011 13:48 Written by Ibrahim Hashim Sunday, 27 March 2011 15:32

Pihak amalcharityshop telah dimaklumkan tentang keputusan
dari mesyuarat Pusat Pengurusan Operasi Negara yang ditubuhkan
di bawah Majlis Keselamatan Negara yang mana menbincangkan
tentang isu bencana gempa bumi dan tsunami di Jepun.

Hasil mesyuarat tersebut telah memperincikan beberapa jenis
bentuk bantuan yang sangat deperlukan warga Jepun yang
mana mereka kini sedang dihimpit pula dengan masalah radiasi
nuklear yang berpunca daripada letupan yang berlaku di
loji janakuasa nuklear.

Dibawah adalah senarai barangan yang diperlukan :
1. Air mineral
2. Tandas mudah alih
3. Makanan yang di awet (Preserved Food)
Rakaman Majalah Tiga
Last Updated on Sunday, 27 March 2011 16:41 Written by Ibrahim Hashim Wednesday, 14 July 2010 14:27
Assalamulaikum kepada semua..
Pada kali ini, terdapat berita gembira yang diterima dari En. Hisyam, pengurus ACS Pahang dan Batu Caves yang mana telah selesai sesi pengambaran Majalah Tiga mengenai Amal Charity Shop Batu Caves. Majalah Tiga telah diwakili oleh Cik Nurul Syuhada sebagai pengacara. Turut serta menjayakan program ini ialah En. Hisyam,Pengurus ACS Batu Caves, Ustaz Saudi, wakil Yayasan Amal Pahang , Cik Nurul Izzah, wakil Yayasan Amal Wilayah dan Cik Juisa, wakil Yayasan Amal Pusat.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini.
ACS Bersama Radio IKIM
Last Updated on Wednesday, 14 July 2010 14:49 Written by Ibrahim Hashim Sunday, 30 May 2010 03:04
Pada 25hb. Mei 2010 ACS di beri peluang oleh RADIO IKIM untuk menjayakan program AGENDA UMMAH bersama Host Pn. Fairuz dalam menerangkan apa itu ACS dan objektifnya. Peluang ini telah dimanafaatkan sepenuhnya oleh wakil dari ACS iaitu Hj. Zaman Abdullah dan En. Mohd Hisham Zamri untuk menerangkan lebih lanjut tentang aktiviti- aktiviti yang dijalankan oleh ACS dan untuk mempromosikan kepada orang ramai tentang ACS bagi menarik lebih ramai penderma- penderma di seluruh negara.
Yayasan Amal Malaysia ingin mengucapkan ribuan terima-kasih kepada RADIO IKIM dan Pn. Fairuz atas ruang dan layanan baik yang diberikan.
Memulangkan wang yang dijumpai
Last Updated on Sunday, 30 May 2010 03:21 Written by Ibrahim Hashim Monday, 03 May 2010 03:32
Pada 28hb. April 2010 ACS Pahang menerima banyak barangan terpakai yang di sumbangkan oleh Yang Berbahagia Dato Ismail , Pengarah Jabatan Bekalan Air Pahang. Dalam memilih dan mengasingkan barangan sumbangan kakitangan ACS Pahang telah menjumpai sejumlah wang yang berada di dalam 2 buah beg .
Menyedari ia merupakan amanah dah ujian Allah s.w.t. kami telah membuat temu janji untuk memulangkan kembali pada 1 mei 2010 wang rm1190.00 milik dato. Moga Allah memberkati usaha kami dalam mengendalikan ACS ini yang mana bermatlamat untuk membantu masyarakat yang memerlukan.
The Operation Plan of Amal Charity Shop
-
Kempen menarik sokongan dan simpati melalui kejelasan matlamat “Charity Shop”.
Menjadikan Charity Shop sebagai satu ruang mempamerkan aktiviti Amal secara praktik untuk tatapan dan penglibatan umum. Sedikit ruang dimanfaatkan untuk aktiviti semasa Amal dalam dan luar negeri.
Mempamerkan ketelusan akaun dan kerja Yayasan Amal.
More Articles...
Page 1 of 2







